Ahad, 27 Mac 2011

PENUTUP PENGGAL 1 PERSEKOLAHAN

Lazimnya sebelum cuti penggal 1 persekolahan bermula, guru-guru dan murid-murid akan membaca yassin beramai-ramai di bilik sembahyang SUPM. Bacaan yassin diketuai oleh Cikgu Hamimah dan diikuti oleh guru-guru dan murid-murid.


Ahad, 27 Februari 2011

ASSALAMMUALAIKUM


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Aktiviti Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27 tahun



Aktiviti ini di adakan pada 26hb februari hari sabtu yang lalu. Aktiviti di adakan di dalam bilik sembahyang SUPM. Dalam aktiviti ini guru-guru dan murid-murid menyanyikan lagu kebangsaan negara dan di ikuti dengan lagu-lagu patriotik kemerdekaan. Murid-murid menyanyikan lagu Negaraku Brunei Darussalam, Brunei bumi bertuah, berkibarlah bendera dan Brunei tanah airku dengan penuh semangat sambil memgibarkan bendera dengan gembira.

Aktiviti di akhiri dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang peraduan. Penyampaian hadiah di sampaikan oleh Cikgu Ainah kepada pemenang-pemenang peraduan.

Membaca yassin sempena menyambut hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27 tahun.

Pada hari selasa yang lalu, 22hb februari, guru-guru dan murid-murid berkumpul di bilik sembahyang bagi membaca yassin beramai-ramai sempena menyambut hari kebangsaan negara kita Negara Brunei Darussalam yang ke 27 tahun. Bacaan yassin diketuai oleh Cikgu Ak Md Nasiruddin dan di ikuti oleh guru-guru dan murid-murid semua.


Jumaat, 18 Februari 2011

Aktiviti Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW

Sempena menyambut maulidur rasul 1432H, Badan Ko Kurikulum telah mengadakan aktiviti sambutan maulidur rasul pada 16hb Februari ( hari rabu ) bertempat di bilik sembahyang. Aktiviti yang di adakan ialah Peraduan Dikir Syarafil Anam bagi murid Darjah 4 Alif ( murid lelaki & murid perempuan )dan Peraduan Nasyid bagi murid Darjah Pra, 1, 2 & 3.


Acara di mulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang di ketuai oleh Cikgu Ak Md Nasiruddin.


Peraduan dikir syarafil anam dan peraduan nasyid di hakimi oleh Cikgu Hajijah Dan Cikgu Ak Md Nasiruddin


Murid-murid mempempersembahan peraduan nasyid dengan lagu kelahiran nabi dengan penuh gaya dan semangat


Peraduan dikir syarafil anam di menangi oleh murid lelaki Darjah $ Alif manakala peraduan nasyid di menangi oleh Darjah 2 Alif, tempat kedua Darjah 3 Alif, tempat ketiga Darjah Pra dan Saguhati Darjah 1 Alif.